Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran bagi Majlis Khatam Al-Quran 80 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Dan Mukim, Penuntut-penuntut Sekolah Dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 80 Bagi Tahun 2026M di Jame’ ‘Asr Hassanal Bolkiah, Kampung Kiarong pada 2 April 2026 (Khamis) 2.00 petang


Majlis pelancaran memulakan bacaan ayat-ayat suci al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran 80 Kali Khatam ini diadakan adalah sebagai menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini kepada Allah Subhanahu Wata'ala di atas limpah rahmat dan nikmat-Nya jua menjadikan Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan yang bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

Di samping itu juga, bagi memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia, sihat walafiat serta mendapat taufiq dan hidayah serta inayah daripada Allah Subhanahu Wata'ala. (Pelita Brunei, 2 April 2026)

Peserta bersama guru pengawas


Peserta Khatam PTE Meragang

Peserta Lelaki
Muhammad Zaim Al-Muzaffar bin Haji Zulaminshah
Muhammad Syazwan Waiz bin Mohamad Irwan

Peserta Perempuan
Nur Sabrina binti Haji Jefri
Hadizatul Aisyah binti Haji Mohammad Azzatul Amin

Guru Pengawas 
Ustazah Zeti binti Haji Abu Bakar

Credit to