SUBJECT BASED COMMITTEE (SBC) SIXTH FORM CENTRES
Objektif SBC
1. Mengukuhkan kolaborasi dalam kalangan
Ketua Jabatan serta guru-guru wakil mata pelajaran dan pihak yang
berkepentingan.
2. Menentukan dan menetapkan jenis keperluan
Aktiviti Perkembangan Profesional dan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Peranan SBC
1. Menyediakan Bahan Sumber Pengajaran dan
Pembelajaran (TR).
2. Mengenal pasti, menyelaras atau
melaksanakan Aktiviti Perkembangan Profesional (PD).
3. Menyediakan dan meneliti analisis
pencapaian mata pelajaran di peringka GCE ‘A’ Level.
4. Meneliti dan mengesahkan peruntukan
kewangan yang diperlukan dalam melaksanakan aktiviti SBC.
5. Bekerjasama dengan pihak yang
berkepentingan dalam pelaksanaan aktiviti SBC.
6. Memastikan setiap sekolah menyediakan
Sasaran Realistik (Target Setting)bagi pencapaian mata pelajaran berdasarkan 5
tahun kebelakangan bagi GCE ‘A’ Level.
Struktur SBC
Tugas & Tanggungjawab
Penasihat (Advisor) - Pengetua
1. Menyelaras tugas sebagai Penasihat SBC.
2. Memberi panduan dan sokongan kepada SBC.
3. Menyampaikan sijil penghargaan dan surat lantikan.
Pengerusi (Chairperson) - Timbalan Pengetua Akademik
1. Mempengerusikan Mesyuarat Utama SBC.
2. Melantik hub dan ahli.
3. Memastikan Pelan Tindakan SBC yang disediakan oleh HUB dilaksanakan
dengan teratur dan lancar.
4. Menilai dan mengkaji semula pelaksanaan Pelan Tindakan SBC.
5. Memantau dan memastikan
aktiviti SBC yang dikendalikan oleh hub berjalan lancar.
6. Menyemak minit mesyuarat.
7. Menandatangani memorandum dan persuratan.
8. Memastikan setiap sekolah menyediakan Sasaran RealistiK (Target
Setting).
9. Menyampaikan sijil penghargaan dan surat lantikan.
10.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan.
Setiausaha (Secretary) - Ketua Jabatan
1. Membuat persediaan bagi Mesyuarat Utama.
2. Memastikan Pelan Tindakan SBC bagi Bahan Sumber Pengajaran dan
Pembelajaran, Aktiviti Perkembangan Profesional dan Penilaian disediakan dan
dilaksanakan dengan teratur serta lancar oleh Komiti Sekolah Hub.
3. Membantu memantau dan memastikan analisis pencapaian mata pelajaran di
peringkat GCE ‘A’ Level dilaksanakan oleh HUB Penilaian dan dikongsikan.
4. Membantu memastikan setiap sekolah menyediakan Sasaran Realistik bagi
pencapaian mata pelajaran di peringkat GCE ‘A’ Level.
5. Mengumpul Laporan Tahunan SBC dari Ketua Hub.
6. Memastikan Borang SBC Penilaian PD dan Senarai Kehadiran.
7. Menyediakan dan menyampaikan sijil penghargaan kepada pemudah cara.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan.
Tugas dan Tanggungjawab Ketua Hub
Ketua Hub PD
1. Mengetuai komiti Sekolah Hub.
2. Mempengerusikan mesyuarat Hub.
3. Bertanggungjawab membuat persediaan bagi Mesyuarat Hub.
4. Menyediakan memorandum panggilan mesyuarat yang ditandatangani oleh
Sekolah Tuan Rumah SBC.
5. Merangka dan melaksanakan Pelan Tindakan SBC bagi Hub.
6. Mengenal pasti dan menyediakan senarai Aktiviti Perkembangan
Profesional mengikut keperluan Ketua Jabatan dan Guru-Guru Mata Pelajaran.
7. Rujuk laman sesawang BDLTA: https://bdta.moe.gov.bn/web/?page_id=3363
8. Menyediakan Laporan Tahunan.
9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan dan Pengerusi SBC.
Ketua Hub TR
1. Mengetuai komiti Sekolah Hub.
2. Mempengerusikan mesyuarat Hub.
3. Bertanggungjawab membuat persediaan bagi Mesyuarat Hub.
4. Menyediakan memorandum panggilan mesyuarat yang ditandatangani oleh
Sekolah Tuan Rumah SBC.
5. Merangka dan melaksanakan Pelan Tindakan SBC bagi Hub.
6. Menyediakan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran yang baharu dan
sesuai.
7. Menyediakan platform secara dalam talian dan memuat naik bahan.
8. Menyediakan Laporan Tahunan.
9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan dan Pengerusi SBC.
Ketua Hub Penilaian
1. Mengetuai komiti Sekolah Hub.
2. Mempengerusikan mesyuarat Hub.
3. Bertanggungjawab membuat persediaan bagi Mesyuarat Hub.
4. Menyediakan memorandum panggilan mesyuarat yang ditandatangani oleh a
Sekolah Tuan Rumah SBC.
5. Merangka dan melaksanakan Pelan Tindakan SBC bagi Hub.
6. Mengumpul, menganalisis dan meneliti pencapaian mata pelajaran
Peperiksaan Awam dan Penilaian Dalaman.
7. Mengumpul Sasaran Realistik dari setiap sekolah.
8. Menyediakan Laporan Tahunan.
9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan dan Pengerusi SBC.
Maklumat Mesyuarat dan PD
Hari Rabu sekurang-kurangnya tiga (3)
kali setahun.
Mesyuarat Hub
Hari Rabu mengikut keperluan SBC.
Aktiviti Perkembangan Profesional (PD)
Dua (2) kali dalam setahun.
Ketua PD menyediakan senarai nama pemudah
cara untuk urusan sijil penghargaan untuk diserahkan kepada Setiausaha SBC
berdasarkan maklumat daripada Ketua PD.
Sijil disampaikan selepas PD.
Ketua PD perlu memastikan Borang
Kedatangan dan Borang SBC Penilaian PD dalam talian dan adalah lengkap untuk
diserahkan kepada Setiausaha SBC seminggu selepas setiap sesi PD dilaksanakan.
Diserahkan juga kepada Pegawai Fokal SBC,JSS.
Panduan Mesyuarat Utama SBC
1. Merancang aktiviti dan hala tuju SBC bagi tahun 2025.
2. Melantik Ketua dan Komiti Hub.
3. Menetapkan tarikh menghantar Pelan Tindakan.
4. Merangka Pelan Tindakan SBC (TR, PD dan Penilaian).
5. Memaklumkan perkara berikut untuk dilaksanakan bagi persediaan
Mesyuarat Utama Kedua:
i. Sesi kongsisama
ii.Sasaran realistik
1. Sesi kongsisama strategi Ketua Jabatan dan Guru Mata Pelajaran dari
sekolah yang mencapai sasaran dan/ atau yang meningkat peratus pencapaian.
2. Mengongsikan Sasaran Realistik bagi pencapaian mata pelajaran
3. Mengongsikan status terkini aktiviti yang dijalankan oleh setiap ketua hub.
Mesyuarat Utama SBC Ketiga (Oktober/November)
1. Menilai dan mengkaji semula pelaksanaan Pelan Tindakan SBC 2025.
2. Merancang Pelan Tindakan SBC dan hala tuju aktiviti SBC bagi tahun
2026.



.jpeg)



.jpeg)
