Minggu peperiksaan akhir tahun enam bawah 29 Ogos hingga 10 September 2026

 الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

Ya Allah! Jadikanlah anak-anak dan penuntut-penuntut kami dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan dalam pembelajaran dan Peperiksaan Akhir Tahun 6 Bawah serta jadikanlah mereka dari golongan hamba-hamba mu yang saleh.


Tahniah pemenang penilaian rakan sebaya (peer assessment) infografik AI ChatGPT subjek Syariah Blok 1 dan Blok 3 29.8.2026 (Sabtu) 9.45 pagi

"Penggunaan teknologi AI untuk membuat infografik bukan sahaja memudahkan kerja dan menjimatkan masa, ia juga memberi kebebasan untuk mencuba pelbagai idea baharu serta menghasilkan reka bentuk visual yang menarik mengikut pelbagai tema. Melalui AI, kita tidak perlu lagi bermula dari kosong kerana teknologi ini sedia membantu menjana idea, memilih kombinasi warna yang sesuai, dan menyusun maklumat supaya lebih kemas. Ini memudahkan untuk membuat infografik dalam bentuk visual yang mudah difahami oleh semua orang, sambil meningkatkan kemahiran kreativiti saya tarus."
Hana

Nuurul Hana Qiraatul Arriana Fariza
binti Abdullah Hanafiah

Blok 3

"Belajar menggunakan AI dengan membuat infografik membuat pelajaran lebih mudah dan ringkas. Dalam beberapa minit sahaja, segala informasi dapat di rangkum menjadi satu halaman lengkap. Cara ini lebih baik daripada membuang masa menulis ringkasan sendiri di dalam kertas yang bahkan memerlukan waktu yang lama untuk selesai." 
Farhan

Muhammad Farhan bin Muhammad Faizal
Blok 1

Using Padlet effectively in Sixth Form hosted by Cg. Ezzah, English Department 26th August 2026 (Wednesday) 2.15PM Meeting Room



Padlet bermanfaat bagi pelajar dan guru berkongsi post nota, gambar, video, link, suara semua dalam satu halaman.

Kegunaan Padlet:
  1. Tak perlu akaun. Pelajar boleh post terus dengan link atau QR. Senang untuk kelas 1 jam.
  2. Visual dan kolaboratif. Nampak semua idea pelajar sekali gus macam sticky notes.
  3. Pelbagai format. Boleh upload video TikTok, rakaman suara, gambar kerja, PDF.


Perhimpunan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara 12 Rabiulawal 1448 Hijrah bersamaan 25 Ogos 2026 Masihi Hari Selasa Taman SOAS, BSB 7.00 pagi

Tema
"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Suluh Aqidah"

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat dan kemuliaan) kepada Nabi (Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Surah al-Ahzab Ayat 56)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu bahawa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
"Barang siapa yang bershalawat keatasku sekali, Allah akan bershalawat ke atasnya 10 kali".
[Hadits Riwayat Imam Muslim]

Sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam:
"Orang yang paling dekat denganku dihari kiamat adalah orang yang banyak berselawat kepadaku."

Sekalong Budi dan Terima Kasih kepada:
Muhammad Danish Aqiel Syafi'e Bin Shamsul, Muhammad Afiq Qawiem Muq Tadir Al Qadir bin Abd Kadir, Md Luqman Al-Hakim Bin Md Nur Nizamuddin, 'Ameruddin Khairi Bin Haji Abedin, Muhammad Khairi Haryadi bin Morsidi, Muhammad Asyraf Darwisy bin Mohammad Asni, Awangku Abdul Raziq Naufal Bin Pengiran Matassan, Muhd Dhiyaul Fathullah Hin Zaini, Razeeq Darwishy bin Mohammad Amin, Ak Abdul Basit bin Pg Hj Md Ali Badrin, Muhammad Farhan bin Mohammad Faizal, Ahmad Sobirien Munawwar Bin Haji Abdul Gani, Mohammad Amalul Muttaqin Bin Johary, Muhammad Syazwan Waiz bin Mohammad Irwan, Mohammad Faiz bin Noor Razimi, Mohammad Naufal Bin Mohammad Yurizan, Muhammad Nur Irfan Nashrullah bin Dahlan  Ak Md Hafiz Bin Pg Md Izzul Hakim, Muhammad lezqyl Bin Abu Hussin, Mohammad Afiq Azfar bin Mohammad Taib, Muhammad Amirul 'Izzuddin Bin Mosdi, Mohamad Jazil Bin Mohamad Jusardi, Mohammad Fadillah Hani Bin Awang Ibrahim, Mohammad Aqiel Waie bin Abdullah, Mohammad Danish Aiman Bin Abdullah, Mohammad Adli bin Haji Azrin, Mohammad Haziq Fuad bin Mosli & Ahmad Ziyad bin Wan Mazlan.


Dikir Marhaban sempena Maulid Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam 11 Rabiulawal 1448 Hijrah bersamaan 24 Ogos 2026 (Isnin) 8.00 pagi Dewan Serbaguna PTE Meragang


RAIH FADILAT DAN KEISTIMEWAAN SELAWAT
(Intisari khutbah Jumaat 1 Rabiulawal 1448/14 Ogos 2026)

Tanda Cinta Dan Kasih
Antara tanda cinta dan kasih yang boleh kita zahirkan adalah dengan membasahi lidah memperbanyakkan selawat ke atas Baginda kerana berselawat itu, selain mempunyai fadhilat, ia juga merupakan bahagian dari perintah Allah Subhanahu Wata'ala.

Maksud Selawat
Sesungguhnya selawat daripada Allah Subhanahu Wata'ala bererti rahmat dan keredaan-Nya untuk baginda, selawat daripada malaikat bererti doa dan memohonkan ampun untuk baginda dan selawat daripada umat Islam bererti doa memohon supaya Allah Subhanahu Wata'ala melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada Baginda.

Kelebihan Selawat
1. Mendapat kedudukan yang utama di sisi Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari kiamat kelak.
2. Ganjaran selawat dilipatgandakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Amalan Harian
Alangkah ruginya jika kita tidak memperbanyakkan selawat serta menjadikannya sebagai zikir harian dan amalan yang berterusan dalam kehidupan seharian.
Sesungguhnya beruntunglah umat Islam yang sentiasa membasahkan lidah mereka dengan selawat dan menjadikannya amalan harian pada setiap waktu dan ketika, sepanjang hayat.

(Sumber: Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam)



Majlis Khatam Al-Quran 80 Kali sempena Hari Keputeraan KDYMM 80Tahun 6 Ogos 2026 (KHamis) 2.00 petang Istana Nurul Iman

Peserta Khatam PTE Meragang bersama Guru Pengawas
Ustazah Zeti binti Haji Abu Bakar
Persediaan sebelum Majlis Khatam al-Quran 
Peserta Khatam Al-Quran Lelaki PTE Meragang
Muhammad Syazwan Waiz bin Mohamad Irwan
Muhammad Zaim Al-Muzaffar bin Haji Zulaminshah
Bergerak ke Istana Nurul Iman
Peserta Khatam Al-Quran Perempuan PTE Meragang
Hadizatul Aisyah binti Abdullah Muhammad Azzatul Amin
Nur Sabrina binti Haji Jefri

Peer Observation dan TPDP Mata Pelajaran Syariah 5 Ogos 2026 (Rabu) 11.10 pagi LFC 5


Pengajaran Syariah tajuk Masalih Mursalah
Peer Observation Jabatan Pengajian Islam dan Jabatan Pengajian Melayu

Perjumpaan Skor Kredit Pengetua bersama Pelajar-pelajar Syariah dan Usuluddin Enam Atas 4 Ogos 2026 (Selasa) 9.50 pagi HSC PTEM

“Setiap usaha yang berterusan adalah satu langkah menuju kejayaan. Dalam mempelajari Syariah dan Usuluddin, kecemerlangan bukan sahaja diukur melalui markah, tetapi juga melalui disiplin, kesungguhan dan akhlak yang baik.”

Bergambar bersama Pengetua PTE Meragang
Cikgu Haryani binti Haji Mohammad

Objektif iaitu memberikan bimbingan dan motivasi berterusan kepada pelajar melalui menggalakkan usaha, disiplin dan peningkatan akademik.

Objektif khusus:

1. Skor kredit membantu pelajar memperoleh 50 markah ke atas meningkatkan prestasi sehingga mencapai atau mengekalkan gred kredit baik dalam mata pelajaran Syariah dan Usuluddin peringkat A.

2. Supaya pelajar sentiasa termotivasi untuk meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Syariah dan Usuluddin.

Pelajar Terbaik Syariah Peperiksaan Kelayakan
Siti Nurul Farhanah bte Mohamad Khairul
Pelajar Terbaik Usuluddin Peperiksaan Kelayakan
Muhammad Abdul Wazif bin Hussin
Ucapan dan kata alu-aluan dari Pengetua
Students’ achievements (L6 End of Year, U6 Assessment, U6 Mock Exam)
Department and Tutor’s initiatives and strategies to support students