Peperiksaan Mata Pelajaran Syariah dan Usuluddin BC-GCE Peringkat A 28 September hingga 10 Oktober 2026 Dewan Serbaguna PTE Meragang

Doa Ibubapa/Penjaga & Guru

أَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْهِمْ فَتُوحَ الْعَارِفِينَ، وَفَقِّهْهُمْ فِى الدِّينِ، وَعَلِّمْهُمْ التَّأْوِيلَ، وَاهْدِهِمْ إِلَى سَوَاءِ السَّبِيلِ، وَاَرْزُقْهُمْ فَهْمَ النَّبِيِّينَ، وَحِفْظَ الْمُرْسَلِينَ، وَإِلْهَامَ الْمَلَائِكَةِ الْمُقَرَّبِينَ فِى عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Ya Allah! Bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang yang arif bijaksana dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman dalam agama dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta'wil dan tunjukkanlah mereka kejalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para Nabi, hafalan para Rasul, ilham para malaikat muqarabin dalam keadaan ‘afiat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Doa Memohon Kejayaan dan Dipermudahkan Urusan

يَا مُسَبِّبَ الْأسْبَابِ، يَا فَاتِحَ الأبِوَاب، یَا مُجِيبَ الدَّعَوَاتِ إِجْعَلْنَا مِن النَّاجِحِينَ
"Wahai Tuhan yang menyediakan segala sebab, wahai Tuhan yang membuka segala pintu kejayaan, wahai Tuhan yang memperkenankan segala doa, jadikanlah kami dalam kalangan orang-orang yang berjaya."

Doa Sebelum Masuk Ke Dewan Peperiksaan

اللَّهُمَّ ارزُقْنَا فَهْمَ النَّبيِّيْنَ وَحِفْظَ المُرْسَلِيْنَ وَإِلَهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبيْنَ
"Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafalan para Rasul, serta ilham daripada para malaikat yang hampir denganMu."

Doa Apabila Lupa Semasa Menjawab Soalan Peperiksaan

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkan aku apa-apa yang aku lupa."


Syariah 

Kertas 1
28 September 2026 (Isnin) 8.00 pagi

Kertas 2
1 Oktober 2026 (Khamis) 8.00 pagi


Usuluddin

Kertas 1
3 Oktober 2026 (Sabtu) 8.00 pagi

Kertas 2
10 Oktober 2026 (Sabtu) 8.00 pagi

Hari Guru PTEM 24.9.2026 (Khamis) 8.00 pagi Dewan Serbaguna PTEM

“Guru Pemangkin Pendidikan Lestari dan Inovasi: Mendidik Dengan Hikmah, Membimbing Generasi Harmoni dan Berinovatif.”

Doa Hari Guru
Razeeq Darwishy bin Mohammad Amin
Ucapan daripada Pengetua
Cikgu Dayang Haryani binti Haji Mohammad
Ucapan daripada Guru Cemerlang Hari Guru ke 36
Cikgu Salwana binti Haji Mornie
Ucapan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar 2026/2027
Md Luqman Al-Hakim Bin Md Nur Nizamuddin
Lakonan Drama
Persembahan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Persembahan Lagu Hari Guru

Hari Guru 23 September 2026 (Rabu) 8.00 pagi Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas

 KELEBIHAN ORANG BERILMU

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
"...Nescaya Allah meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat. Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Mujadalah ayat 11)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: "Apabila mati seorang manusia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfa'at daripadanya atau anak soleh yang mendoakan untuknya."
(Riwayat Muslim, Hadith No. 1631)

Doa

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِمَشَايِخِنَا وَلِمَنْ عَلَّمَنَا وَارْحَمْهُمْ وَأَكْرِمْهُم بِرِضْوَانِكَ الْعَظِيمِ فِي مَقْعَدِ الصِّدْقِ عِنْدَكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
"Ya Allah! Ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredhaan-Mu yang Maha Agung, di tempat yang disenangi di sisi Mu, wahai yang Maha Pengasih di antara yang mengasihani".

Buku Program Hari Guru ke 36


Rakaman RTB sempena sambutan Hari Guru ke 36 22.9.2026 (Selasa) 9.00 pagi LFC 3 PTEM

“Guru Pemangkin Pendidikan Lestari dan Inovasi: Mendidik Dengan Hikmah, Membimbing Generasi Harmoni dan Berinovatif.”

Pengalaman sebagai guru, saya sentiasa menyesuaikan pendekatan pengajaran selaras dengan perkembangan teknologi pendidikan. Penggunaan buku teks diperkaya dengan platform digital seperti Microsoft Teams, SharePoint, Google Classroom dan Canva bagi mewujudkan pembelajaran interaktif dan berpusatkan pelajar. Aplikasi seperti Microsoft Forms dan Google Forms digunakan untuk meningkatkan penglibatan serta penilaian pelajar secara sistematik. 

Bahan multimedia seperti infografik visual membantu memudahkan pemahaman konsep yang kompleks. Teknologi juga membolehkan pemantauan kemajuan pelajar dengan lebih berkesan melalui analisis penilaian dan maklum balas segera. Walau bagaimanapun, saya tetap mengekalkan unsur bimbingan, nilai murni dan interaksi pelajar dalam pengajaran serta terus meningkatkan kemahiran digital melalui perkembangan profesional bagi memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21.

Perkembangan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT, Copilot dan Gemini telah memperkukuhkan peranan saya sebagai guru dalam membimbing serta menyokong pembelajaran pelajar. 


Teknologi membantu menyediakan bahan pengajaran yang lebih interaktif melalui multimedia, infografik dan platform digital, sekali gus meningkatkan pemahaman dan penglibatan pelajar. 


AI pula memudahkan perancangan pengajaran, aktiviti pembelajaran, penyediaan latihan, pembinaan tugasan serta analisis penilaian pelajar untuk mengenal pasti keperluan individu dan merancang intervensi bersesuaian. 


 Walaupun AI memberikan maklum balas pantas, saya menekankan penggunaan yang beretika dan pemikiran kreatif serta kritis. Peranan guru sebagai fasilitator dan mentor, berusaha menyeimbangkan teknologi, nilai murni, interaksi bersemuka dan pembangunan sahsiah pelajar abad ke-21.





SBC: Kongsisama Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Beyond Slide (Daripada Pembelajaran Pasif Kepada Interaktif) 21 September 2026 (Isnin) 2.00 petang PTE Sengkurong

Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua tutor yang hadir pada petang ini terutama kepada Jabatan Pengajian Islam PTE Sengkurong dan Jabatan Pengajian Islam PTE Belait, selaku penyelaras bersama Hub-Bahan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran (Teaching And Learning Resources), Subject Based Committee (SBC) mata pelajaran Syariah dan Usuluddin. 


Perkongsian Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran bagi mata pelajaran Syariah dan Usuluddin di Pusat Tingkatan Enam merupakan satu inisiatif yang sangat positif dalam memperkasa kualiti pendidikan serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Perkongsian bertajuk "Beyond Slide:
Daripada Pembelajaran Pasif kepada Interaktif"

oleh Cikgu Awang Nasyation bin Haji Hassim

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pemudah cara sesi Perkongsian Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran yang bertajuk “Beyond Slide: Daripada Pembelajaran Pasif kepada Interaktif”, iaitu Cikgu Nasyation bin Haji Hassim dari PTE Sengkurong dan moderator Cikgu Mohammad Noorerwan bin Haji Yahya dari PTE Belait, atas kesudian berkongsi pengalaman, idea dan pendekatan inovatif yang dapat dimanfaatkan oleh para tutor.

Peserta kongsisama amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran

Di samping itu, kesinambungan Hub Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (Teaching and Learning Resources) bertujuan menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkini, relevan dan berkualiti. Inisiatif ini juga menyediakan platform dalam talian yang membolehkan tutor memuat naik, berkongsi dan mengakses bahan pengajaran secara lebih sistematik, sejajar dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 serta pengalaman Home-Based Learning (HBL) yang lalu. Semoga budaya perkongsian ilmu dan amalan terbaik ini akan terus subur dalam kalangan tutor dan menjadi amal jariah yang berterusan. Diharapkan juga segala bahan dan hasil perkongsian dapat didokumentasikan dalam bentuk digital untuk rujukan dimuat naik dalam laman sesawang sebagaimana kertas lalu soalan peperiksaan kelayakan tingkatan enam seluruh negara serta manfaat generasi tutor dan para pelajar pada masa hadapan.

Sesi perbincangan dan soal jawab

 Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh tutor dengan tema: “Guru Pemangkin Pendidikan Lestari dan Inovasi: Mendidik Dengan Hikmah, Membimbing Generasi Harmoni dan Berinovatif.”

Semoga para tutor terus cemerlang dalam mendidik, membimbing dan membentuk generasi yang berilmu, berakhlak mulia serta mampu menghadapi cabaran masa hadapan. Sekian, Terima Kasih.

Penyampaian sijil penghargaan kepada fasilitator
Cikgu Awang Nasyation bin Haji Hassim
Penyampaian sijil penghargaan kepada moderator
Cikgu Mohammad Noorerwan bin Haji Yahya




Solat Hajat dan Restu & Izin Ilmu 21 September 2026 (Isnin) 7.30 pagi Masjid Az-Zakirien Meragang

Doa

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ 
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
أَللَّهُمَّ اجْعَلْ أَوْلَادَنَا وَطُلَّابَنَا مِنَ النَّاجِحِينَ وَالْفَائِزِينَ فِي التَّعَلَمِ وَالْامْتِحَانِ 
وَاجْعَلَهُمْ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Ya Allah! Jadikanlah anak-anak dan penuntut-penuntut PTE Meragang kami dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan dalam pembelajaran dan Peperiksaan BC-GCE A dan As level tahun 1448H bersamaan 2026M dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hamba mu yang saleh.

أَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ وَأَهْلِ الْخَيْرِوَلَا تَجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ أَهْلِ السُّوءِ وَأَهْلِ الضَّيْرِ

Ya Allah! Jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan dan janganlah engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakkan. 

أَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْهِمْ فَتُوحَ الْعَارِفِينَ، وَفَقِّهْهُمْ فِى الدِّينِ، وَعَلِّمْهُمْ التَّأْوِيلَ، وَاهْدِهِمْ إِلَى سَوَاءِ السَّبِيلِ، وَاَرْزُقْهُمْ فَهْمَ النَّبِيِّينَ، وَحِفْظَ الْمُرْسَلِينَ، وَإِلْهَامَ الْمَلَائِكَةِ الْمُقَرَّبِينَ فِى عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Ya Allah! Bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang yang arif bijaksana dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman dalam agama dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta'wil dan tunjukkanlah mereka kejalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para Nabi, hafalan para Rasul, ilham para malaikat muqarabin dalam keadaan ‘afiat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

أَللَّهُمَّ اشْرَحْ لَهُمْ صُدُورَهُمْ، وَيَسِّرْلَهُمْ أُمُورَهُمْ وَوَفِّقْهُمْ وَاهْدِهِمْ وَسَدِّدْهُمْ وَاجْمَعْ لَهُم بَيْنَ الصَّوَابِ وَالثَّوَابِ وَأَعِذْهُمْ مِنَ الْخَطَأِ وَالْحِرْمَانِ وَالنِّسْيَانِ
Ya Allah! Lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan, terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa. 

أَللَّهُمَّ نَوِّرْ قُلُوبَهُمْ بِنُورِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ الْأَرْضَ بِنُورِ شَمْسِكَ وَافْتَحْ عَلَيْهِمْ فَتْحًا قَرِيباً يَا فَتَّاحُ يَا عَلِيمٌ
Ya Allah! Terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayahmu sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu dan bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat, wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

أَللَّهُمَّ أَخْرِجْهُمْ مِنْ ظُلُمَاتِ الْوَهْمِ وَأَكْرِمْهُمْ بِنُورِ الْفَهْمِ، وَافْتَحْ عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ الْعِلْمِ، وَزَيِّنْهُمْ بِالْأَخْلَاقِ الْحَسَنَةِ وَالْحِلْمِ، وَأَعِذْهُمْ مِنْ مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ وَالْأَدْوَاءِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Ya Allah! Keluarkanlah mereka daripada kegelapan, kesamaran dan muliakanlah mereka dengan cahaya kefahaman dan bukanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan sopan santun dan jauhkanlah mereka daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu dan penyakit dengan rahmatmu wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang Mengasihani.

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


PTEM In-house Evacuation 19 September 2026 (Sabtu) 8.00 pagi Padang Bola Sepak PTEM


Mesyuarat PIBG 17.9.2026 (Khamis) 2.30 petang Bilik Mesyuarat PTE Meragang

Solat Hajat
21 September 2026 (Isnin) 7.30 pagi Masjid Az-Zakirien Meragang

  • Pelajar berselawat Sayyidul Istigfar & Selawat Tafrijiyyah.
  • Solat hajat dan doa
  • Bacaan Surah Yasiin dan doa menghadapai peperiksaan
  • Doa Hari Guru ke 38 
  • Bersurai


Khatam Al-Quran
18 November 2026 (Rabu) 8.00 pagi Dewan Serbaguna PTE Meragang

  • Bacaan Surah Al-Fatihah
  • Bacaan Doa sebelum membaca Al-Quran
  • Bacaan Khatam secara beramai-ramai
  • Bacaan Takhtim
  • Bacaan Doa Khatam
  • Dikir Marhaban seterusnya merinjis minyak wangi dan penyampaian sijil oleh Tetamu Kehormat
  • Bacaan Doa Selamat
  • Selawat Tafrijiyyah
  • Majlis bersurai
 

Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran sempena Menghadapi Peperiksaan А level Bagi Pelajar Pra U Atas, Syariah dan Usuluddin Sesi 2025-2026

Ya Allah! Bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang yang arif bijaksana dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman dalam agama dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta'wil dan tunjukkanlah mereka kejalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para Nabi, hafalan para Rasul, ilham para malaikat muqarabin dalam keadaan ‘afiat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Ucapan daripada wakil pengetua
Cg Amalina binti Haji Ali (Timbalan Akademik)
Ucapan daripada Timbalan Pengetua Pentadbiran
Cg Azahar bin Haji Latib

Pencerapan TPA 2 Jabatan Pengajian Islam PTE Meragang September 2026

“Guru Pemangkin Pendidikan Lestari dan Inovasi: Mendidik Dengan Hikmah, Membimbing Generasi Harmoni dan Berinovatif”

Pengajaran Usul Fiqh oleh Ustazah Norah binti Awang Haji Suhaili
Aktiviti pelajar secara berkumpulan
Pembentangan pelajar secara berpasangan
Pengajaran Munakahat oleh Ustazah Hajah Rahayu binti Haji Abdul Rahman
Aktiviti pelajar secara berpasangan
Sumbangsaran dan pembetangan pelajar