Majlis Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan 1447 Hijrah / 2026 Masihi pada hari Isnin malam Selasa (Hari Pertama) 10 Zulkaedah 1447H bersamaan 27 April 2026M pukul 7.15 malam bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, (ICC), Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam

Ucapan peresmian musabaqah membaca Al-Quran

Mengukuhkan Pembelajaran Al-Quran dan Menghayati Ajarannya

Tema ini ditujukan kepada seluruh lapisan masyarakat agar terus berusaha melaksanakan pembelajaran Al-Quran bagi memastikan generasi negara kekal celik Al-Quran melalui pendidikan formal di sekolah-sekolah, di samping pembelajaran di masjid, balai ibadah dan di rumah. Pembelajaran Al-Quran juga wajar disertakan dengan pemahaman makna ayat-ayat yang dipelajari, yang boleh disesuaikan mengikut peringkat umur, dengan penggunaan Mushaf Brunei Darussalam dan Terjemahannya terbitan Pusat Dakwah Islamiah sebagai bahan rujukan. (Media Permata, 27 April 2026)

Peserta Qari
Peserta Qariah
Bersama peserta musabaqah membaca Al-Quran
Pg Muhd Amirul Aiman bin Pg Haji Majuki