Musabaqah Menghafaz Al-Quran serta Pemahaman Kategori C Peringkat Saringan Kebangsaan Tahun 1448 Hijrah Hari Ketiga (Sabtu) 13 Rabiulakhir 1448H / 26 September 2026M

Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya merupakan salah satu projek tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS bagi menyemarakkan lagi Hari-Hari Kebesaran Islam dan merupakan antara pengisian dalam aturcara Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara yang diadakan pada setiap tahun.

Dk Nursyahirah Hurulaini binti Pg Mohammed Khalid
Pusat Tingkatan Enam Meragang

Kategori 'C' -Terbuka kepada semua peringkat umur. Johan dalam kategori 'C' tahun lepas (1447H) dikecualikan dari menyertai musabaqah pada tahun ini. BUKAN penerima elaun Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam semua kategori tasmie' semasa tarikh tutup borang penyertaan dan tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'D'dan'E'. Menghafaz 4 Juz Al-Quran iaitu dari Juz 1 hingga Juz 4 berserta pemahaman Surah Al-Israa' dan Surah Al-Kahfi.