Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
perhargaan kepada semua tutor yang hadir pada petang ini terutama kepada
Jabatan Pengajian Islam PTE Sengkurong dan Jabatan Pengajian Islam PTE Belait,
selaku penyelaras bersama Hub-Bahan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran (Teaching
And Learning Resources), Subject Based Committee (SBC) mata
pelajaran Syariah dan Usuluddin.
Perkongsian Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran bagi mata pelajaran Syariah
dan Usuluddin di Pusat Tingkatan Enam merupakan satu inisiatif yang sangat
positif dalam memperkasa kualiti pendidikan serta meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
![]() |
| Perkongsian bertajuk "Beyond Slide: Daripada Pembelajaran Pasif kepada Interaktif" oleh Cikgu Awang Nasyation bin Haji Hassim |
Setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pemudah cara sesi Perkongsian
Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran yang bertajuk “Beyond Slide:
Daripada Pembelajaran Pasif kepada Interaktif”, iaitu Cikgu Nasyation
bin Haji Hassim dari PTE Sengkurong dan moderator Cikgu Mohammad
Noorerwan bin Haji Yahya dari PTE Belait, atas kesudian berkongsi
pengalaman, idea dan pendekatan inovatif yang dapat dimanfaatkan oleh para tutor.
![]() |
| Peserta kongsisama amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran |
Di
samping itu, kesinambungan Hub Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (Teaching
and Learning Resources) bertujuan menyediakan bahan sumber pengajaran
dan pembelajaran yang terkini, relevan dan berkualiti. Inisiatif ini juga
menyediakan platform dalam talian yang membolehkan tutor memuat naik, berkongsi dan mengakses bahan pengajaran
secara lebih sistematik, sejajar dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 serta
pengalaman Home-Based Learning (HBL) yang lalu. Semoga budaya
perkongsian ilmu dan amalan terbaik ini akan terus subur dalam kalangan tutor dan menjadi amal jariah yang
berterusan. Diharapkan juga segala bahan dan hasil perkongsian dapat
didokumentasikan dalam bentuk digital untuk rujukan dimuat naik dalam laman
sesawang sebagaimana kertas lalu soalan peperiksaan kelayakan tingkatan enam
seluruh negara serta manfaat generasi tutor dan para pelajar pada masa hadapan.
![]() |
| Sesi perbincangan dan soal jawab |
Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh tutor dengan tema: “Guru Pemangkin Pendidikan Lestari dan Inovasi: Mendidik Dengan Hikmah, Membimbing Generasi Harmoni dan Berinovatif.”
Semoga para tutor terus cemerlang dalam mendidik, membimbing dan membentuk generasi yang berilmu, berakhlak mulia serta mampu menghadapi cabaran masa hadapan. Sekian, Terima Kasih.





