RAIH FADILAT DAN KEISTIMEWAAN SELAWAT
(Intisari khutbah Jumaat 1 Rabiulawal 1448/14 Ogos 2026)
Tanda Cinta Dan Kasih
Antara tanda cinta dan kasih yang boleh kita zahirkan adalah dengan membasahi lidah memperbanyakkan selawat ke atas Baginda kerana berselawat itu, selain mempunyai fadhilat, ia juga merupakan bahagian dari perintah Allah Subhanahu Wata'ala.
Maksud Selawat
Sesungguhnya selawat daripada Allah Subhanahu Wata'ala bererti rahmat dan keredaan-Nya untuk baginda, selawat daripada malaikat bererti doa dan memohonkan ampun untuk baginda dan selawat daripada umat Islam bererti doa memohon supaya Allah Subhanahu Wata'ala melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada Baginda.
Kelebihan Selawat
1. Mendapat kedudukan yang utama di sisi Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari kiamat kelak.
2. Ganjaran selawat dilipatgandakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Amalan Harian
Alangkah ruginya jika kita tidak memperbanyakkan selawat serta menjadikannya sebagai zikir harian dan amalan yang berterusan dalam kehidupan seharian.
Sesungguhnya beruntunglah umat Islam yang sentiasa membasahkan lidah mereka dengan selawat dan menjadikannya amalan harian pada setiap waktu dan ketika, sepanjang hayat.
(Sumber: Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam)



