Hari Terbuka Mahkamah Syariah sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Penubuhan-Penubuhan Mahkamah Syariah 20.5.2026 (Rabu) 2.00 petang Tingkat 1 Ruang Legar Bangunan Mahkamah Syariah, BSB


Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Julai 1996 di Balai Singgahsana Istana Nurul Iman, bersempena Sambutan Hari Keputeraan baginda Ke-50 Tahun:

“Dengan rasa keimanan yang bulat terhadap peraturan dan undang-undang Allah, maka beta telah memperkenankan penubuhan Mahkamah-mahkamah Syariah sehingga ke tahap yang setinggi-tingginya bagi menangani bukan sahaja pentadbiran undang-undang keluarga, malahan juga di ketika yang sesuai dan munasabah akan juga mengendalikan Qanun Jina'I yakni Islamic Criminal Act selengkapnya sebagaimana yang dituntut oleh Allah Subhanahu Wata'ala".