لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ سُبْحَانَ اللهِ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ .اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْعِصْمَةَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ وَّالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَّالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ لَاتَدَعْ لِيْ ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah,
hilangkan dari dirinya segala penyakit,
kurniakanlah syifa dan sepenuh kesembuhan kepadanya.
Ya Allah,
mudahkan dan lancarkanlah segala urusan perubatannya.
Ya Allah,
kembalikan dia kepada kesihatan dan kesembuhan seperti sedia kala.
Ya Allah,
bantulah dia dengan sebaik-baik bantuan dan perlindungan.
Ya Allah,
jadikanlah apa sahaja yang dirasakannya pada waktu sakitnya ini sebagai pahala untuk akhiratnya dan penghapus bagi segala kesalahannya dan dosanya.
Ya Allah,
angkatlah dan makbulkanlah doa-doa kami untuknya.

