Alhamdulillah.. Pertama sekali, saya ingin mnegucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua pensyarah yang hadir pada petang ini terutama kepada Jabatan Pengajian Islam PTE Tutong, selaku penyelaras Hub-Aktiviti Perkembangan Profesional, Subject Based Committee (SBC) mata pelajaran Syariah dan Usuluddin. Tidak dilupakan, sekalong budi dan setinggi-tinggi penghargaan dititipkan kepada Jabatan Pengajian Islam, Maktab Duli PMAMB Gadong yang telah melaksanakan Majlis Ilal Majdi Wal Ula pada 9 April 2025 yang lepas.
Sesungguhnya, merupakan satu penghormatan yang besar bagi saya untuk berada di hadapan rakan-rakan pensyarah sekalian dan berkesempatan perkongsian ilmu (Intellectual Discourse) melalui Sesi Kongsisama Perdana, InsyaAllah akan disampaikan oleh Ustaz Mohd. Shahnofadzli bin Hj Sabli, dan Kongsisama Premium Mata Pelajaran Syariah bertajuk Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Kaedah Domino bersama fasilitator Ustazah Hjh Haslinda binti Hj Talib, dan mata pelajaran Usuluddin bertajuk Flipped Classroom: Dalam Pengajaran Usuluddin bersama fasilitator, Ustazah DK Sa’adatul Hanan binti Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad nanti. Semoga perkembangan profesional ini menjadi pemangkin kepada usaha para pensyarah dalam memperkukuh kemahiran sedia ada serta memperluas kecekapan melalui reskilling dan upskilling.
Rasional perkembangan profesional ini adalah bagi memperkukuh penambahbaikan dalam bidang pendidikan, terutamanya dari segi penerapan metodologi pengajaran yang selari dengan keperluan semasa. Bersesuaian dengan objektif SBC iaitu, mengukuhkan kolaborasi dalam kalangan pensyarah-pensyarah dan menentukan serta menetapkan jenis keperluan aktiviti Perkembangan Profesional dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Melalui perkembangan profesional ini, diharapkan pencapaian peperiksaan peringkat A bagi subjek Syariah dan Usuluddin dapat dipertingkatkan, sekaligus mengatasi sasaran prestasi yang ditetapkan di peringkat nasional. Amin ya Rabb..
Sebagai penutup, saya ingin sekali lagi merakamkan penghargaan atas komitmen dan sokongan semua pensyarah. Semoga kerjasama kita yang berterusan dapat merealisasikan hasrat pendidikan Islam untuk membentuk insan yang seimbang dari segi ilmu, iman dan akhlak.
![]() |
| Ucapan alu-aluan Focal Person SBC Dr. Haji Azrin bin Haji Tunjang |
![]() |
| Keynote Speaker Menuju Kecemerlangan: Realiti Dan Harapan Ustaz Mohd. Shahnofadzli bin Hj Sabli |
![]() |
| Aplikasi Flipped Classroom Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Usuluddin Ustazah DK Sa’adatul Hanan binti Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad |
![]() |
| Aktivit Pembelajaran Kreatif: Kad Domino Ustazah Hjh Haslinda binti Hj Talib |
![]() |
| Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Kaedah Domino |




























