اَللّٰهمﱠ إِنِّي اَسْئَلُكَ مِنْ خَيْرِ هٰذَا الْعَمَلِ وَخَيْرِ مَا فِيْهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هٰذَا الْعَمَلِ وَشَرِّ مَا فِيْهِ، إِنَّكَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua tutor yang hadir pada petang ini terutama kepada Jabatan Pengajian Islam PTE Sengkurong dan Jabatan Pengajian Islam PTE Belait, selaku penyelaras bersama Hub-Bahan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran (Teaching And Learning Resources), Subject Based Committee (SBC) mata pelajaran Syariah dan Usuluddin. Kongsisama amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Syariah dan Usuluddin di pusat tingkatan enam merupakan inisiatif positif.
Sekalong budi dan terima kasih kepada pemudahcara Kongsisama Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Syariah:
1. Ustaz Mohammad Ali Syafi'ie bin Awang Mohammad Nor
2. Ustazah Hajah Hainun binti Haji Hamid
1. Ustaz Mohammad Ali Syafi'ie bin Awang Mohammad Nor
2. Ustazah Hajah Hainun binti Haji Hamid
Pemudahcara Kongsisama Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Usuluddin:
1. Ustaz Mohammad Noorerwan bin Haji Yahya
2. Ustaz Haji Zulkiflee bin Haji Jaili
Semoga amalan perkongsian menjadi amal jariah, ristaan dan dapat didokumentasi dalam bentuk digital nanti.
1. Ustaz Mohammad Noorerwan bin Haji Yahya
2. Ustaz Haji Zulkiflee bin Haji Jaili
Semoga amalan perkongsian menjadi amal jariah, ristaan dan dapat didokumentasi dalam bentuk digital nanti.
Hub Bahan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran (Teaching And Learning Resources) bertujuan menyediakan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran yang baharu dan sesuai serta menyediakan platform secara dalam talian dan dapat memuat naik bahan. Antara contoh Amalan Terbaik iaitu
- Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran: aplikasi pembelajaran interaktif seperti Kahoot!, Quizizz, Canva, Wheel of name dan sebagainya untuk menguji pemahaman pelajar secara langsung.
- Penyediaan Modul Pembelajaran: Menghasilkan modul pembelajaran yang komprehensif dan mudah difahami, yang boleh diakses oleh pelajar pada bila-bila masa seperti microsoft sharepoint, team, word dan powerpoint.
- Pembelajaran Berasaskan Projek: Melibatkan pelajar dalam projek-projek yang berkaitan dengan topik pengajian untuk meningkatkan pemahaman praktikal seperti lawatan sambil belajar ke institusi-institusi bersesuaian, mereka poster kreatif, peta minda, gallery work dan word bank.
- Sesi Perbincangan dan Refleksi: Mengadakan sesi perbincangan berkumpulan dan refleksi untuk membolehkan pelajar berkongsi pandangan dan pengalaman mereka seperti Story telling, forum, Podcast, bahas dan lain-lain.
Insha Allah Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Syariah dan Usuluddin akan dapat berdaya saing (competitive) dengan mata pelajaran yang lain di peringkat A, sekaligus menarik minat para pelajar berasa seronok dan memupuk sikap suka akan belajar Syariah dan Usuluddin. Akhirnya akan menjana para tutor dan pelajar-pelajar yang kreatif dan inovatif bersesuaian dengan keperluan kemahiran abad ke 21. Amin ya Rabb...
![]() |
| Kata alu-aluan Setiausaha SBC Mata Pelajaran Syariah dan Usuluddin Dr. Haji Azrin bin Haji Tunjang |
![]() |
| Ke Arah Pembelajaran Syariah Yang Kreatif Ustaz Mohammad Ali Syafi'ie bin Awang Mohammad Nor |
![]() |
| Santai Tapi Sampai: Kreativiti Podcast Dalam Bilik Darjah Ustazah Hajah Ainun binti Haji Hamid |
![]() |
| Onedrive: Simpan, Kongsi dan Sukses Ustaz Mohammad Noorerwan bin Haji Yahya |
![]() |
| Implementasi AI dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Usuluddin Ustaz Haji Zulkiflee bin Haji Jaili |
![]() |
| Ketua Jabatan Pengajian Islam PTE Sengkurong Ustaz Haji Ali Sohfian bin Haji Mohammad Noor |
![]() |
| Ketua Jabatan Pengajian Islam PTE Belait Ustaz Haji Rose De Yusof Bin Haji Mohd Ramlee |















