Bengkel EPS-Binar When Differentiation Becomes Impactful: Challenging Minds, Building Understanding 26.1.2026 (Monday) Time: 2.00pm - 3.30pm [via MS Teams]


Name of Facilitator: Cikgu Hajah Nor Irniwati Haji Ismail

The goal is not to make all students the same BUT TO ENSURE they all reach the same pencil; THE LEARNING GOAL. The methods may differ, but the expectation for success remains high for all.

Join us for an insightful session on how differentiation can transform teaching and learning. Explore strategies to challenge minds and build deeper understanding.


































Tahniah Daripada Jabatan Pengajian Islam

 

Nurul Fariezan Husna binti Muhammad Faiz
Subjek Syariah Gred A* BC-GCE A level 2025
Tutor: Dr. Haji Azrin bin Haji Tunjang

"Syukur Alhamdulillah atas keputusan A* bagi mata pelajaran Syariah. Setinggi-tinggi penghargaan buat guru Syariah dan para guru atas bimbingan serta ilmu yang dicurahkan. Terima kasih juga kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk saya terus berbakti dan mendalami ilmu agama demi masa depan."



Norhamizah binti Azmy
Subjek Usuluddin Gred A* BC-GCE A level 2025
Tutor: Hjh Norsiah binti Hj Amin & Abd Tamin bin Haji Sani

"Alhamdulillah saya bersyukur diatas kejayaan memperolehi keputusan A* bagi mata pelajaran Usuludin. Terima kasih kepada guru-guru yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya serta ibu bapa dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong saya. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk saya terus berusaha dan memberikan yang terbaik pada masa hadapan."


Muhammad Irfan Fahmi bin Armi
Subjek Usuluddin Gred A* BC-GCE A level 2025
Tutor: Hjh Norsiah binti Hj Amin &Abd Tamin bin Haji Sani



“Alhamdulillah dengan izin, rahmat dan pertolongan Allah, saya telah berjaya memperolehi A* dalam subjek Usuluddin. Kejayaan ini bukanlah semata-mata hasil usaha diri sendiri, tetapi merupakan gabungan doa, sokongan dan bimbingan daripada guru-guru, keluarga dan sahabat-sahabat saya yang sentiasa berada di belakang saya sepanjang perjalanan menuntut ilmu. Semoga Allah SWT memberkati ilmu ini dan menjadikannya bermanfaat di dunia dan di akhirat. Aamiin.”




Majlis Solat Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin dan Bacaan Doa Khas serta Ceramah Sempena Isra Mi'raj 1447 Hijrah 29 Rejab 1447 bersamaan 19 Januari 2026 (Isnin) Surau PTE Meragang

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ وَنَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدِنِ النَّبِيِّ الرَّحْمَةِ يَا نَبِيَّنَا يَا مُحمَّدُ صَلَوَاتُ اللهِ وَسَلَامُهُ عَلَيْكَ، إِنَّا نَتَوَجَّهُ بِكَ إِلَى رَبِّنَا فِى قَضَاءِ حَاجَاتِنَا

Ya Allah, Ya Allah, Mohon Selamat, mohon afi’at dan mohon kesejahteraan bagi raja kami yang kami kasihi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddien Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

يا الله، أَذْهِبِ الْبَأْسَ، رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِى، لَا شِفَاءً إلَّا شِفَاءُكَ، شِفَاءً لَایُغَادِرُ سَقَمًا

Wahai Tuhan kami, hilangkanlah kesusahan dan sembuhkanlah, engkau jua yang maha penyembuh, tiada kesembuhan kecuali hanya kesembuhanmu jua, kesembuhan yang tidak diiringi oleh sebarang kesakitan.

Solat Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin dan Doa Hajat Khas


Bacaan tilawah al-Quran surah al-Fatihah dan Surah al-Isra ayat 1 hingga 8
berserta terjemahan Muhammad Zaim Al-Muzaffar bin Haji Zulaminshah A04 dan
Muhammad Haziq Fuad bin Mosli A08

Ceramah Isra Mi'raj
Haji Mohammed Khairul Mu'az bin Haji Sibodaud
Daei bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB)

Penyampaian sijil dan cendrahati kepada penceramah
Haji Mohammed Khairul Mu’az bin Haji Sibodaud
Daei bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB)

Peserta Pertandingan Muratal Kategori Lelaki Tahun 2025
Muhammad Zaim Al-Muzaffar Bin Haji Zulaminshah B04