![]() |
| Gambar Kenangan bersama Pengetua, Pensyarah dan Pelajar. |
Ibrah
Surah al-Kahfi
Surah al-Kahfi ialah surah Makkiyyah mengandungi 110 ayat dan mempunyai banyak kelebihan, khususnya apabila dibaca pada hari Jumaat. Antara kelebihannya ialah mendapat cahaya (nur) yang menerangi antara dua Jumaat, dijaga daripada fitnah Dajjal, serta memperoleh ketenangan dan rahmat daripada Allah Ta'ala. Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam menyebut bahawa sesiapa yang menghafaz 10 ayat pertama atau terakhir surah ini akan dilindungi daripada fitnah Dajjal. Ulama juga menjelaskan bahawa membaca surah al-Kahfi pada malam atau pagi Jumaat adalah waktu yang paling afdal, berdasarkan hadits-hadits sahih.
Selain itu, kandungan surah al-Kahfi mengandungi pelbagai pengajaran seperti kisah Ashabul Kahfi, pemilik dua kebun, Nabi Musa dengan Khidr, serta kisah Zulkarnain semuanya mengajar tentang iman, tawakal, kesabaran dan akhir zaman. Walaupun terdapat waktu terbaik untuk membacanya, amalan ini tetap digalakkan dilakukan walaupun terlepas waktu afdal. Surah al-Kahfi membawa banyak manfaat dunia dan akhirat.
Selawat Nariyah atau Tafrijiyyah (النَّارِيَة اتو التَّفْرِيجِيَّة)
Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas sembahyang fardhu sebanyak yang ia mampu. Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat, maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.
Kata Imam Addainuri Rahimahullah, siapa-siapa membaca selawat ini tiap-tiap lepas sembahyang fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan sebagai wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Dan kata Imam Al-Qurtubi pula siapa membaca akan selawat ini tiap-tiap hari sebanyak 41 kali nescaya Allah Ta'ala hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang yang berkebajikan dan dikasih pula oleh orang ramai.
Menurut satu riwayat berkata Syed Muhammad Haki, pengasas wirid khaujakan (خوجکان) dia telah mengajarkan selawat ini kepada orang buta selama dua puluh lima tahun. Kemudian seorang perempuan buta telah membaca dengan sempurna sehingga 4,444 kali dalam masa lapan hari, maka dengan izin Allah terbukalah kedua matanya.
![]() |
| Ulasan Ketua Hakim Pertandingan. |
![]() |
| Fasahah Terbaik Lelaki dan Perempuan. |
![]() |
| Persembahan Tausyeh |
















