اللَّهُمَّ يَسِّرْ وَلَا تُعَسِّرْ وَتَمِمْ بِالْخَيْرِ
Ya Allah, permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Engkau akhirkanlah dengan kebaikan.
اللَّهُمَّ يَسِّرْ وَلَا تُعَسِّرْ وَتَمِمْ بِالْخَيْرِ
Ya Allah, permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Engkau akhirkanlah dengan kebaikan.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
أَللَّهُمَّ اجْعَلْ أَوْلَادَنَا وَطُلَّابَنَا مِنَ النَّاجِحِينَ وَالْفَائِزِينَ فِي التَّعَلَمِ وَالْامْتِحَانِ
وَاجْعَلَهُمْ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Ya Allah! Jadikanlah anak-anak dan penuntut-penuntut PTE Meragang kami dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan dalam pembelajaran dan Peperiksaan Akhir Tahun 6 Bawah serta Peperiksaan BC-GCE A level tahun 1447H bersamaan 2025M dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hamba mu yang saleh.
أَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ وَأَهْلِ الْخَيْرِ
وَلَا تَجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ أَهْلِ السُّوءِ وَأَهْلِ الضَّيْرِ
Ya Allah! Jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan dan janganlah engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakkan.
أَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْهِمْ فَتُوحَ الْعَارِفِينَ، وَفَقِّهْهُمْ فِى الدِّينِ، وَعَلِّمْهُمْ التَّأْوِيلَ، وَاهْدِهِمْ إِلَى سَوَاءِ السَّبِيلِ، وَاَرْزُقْهُمْ فَهْمَ النَّبِيِّينَ، وَحِفْظَ الْمُرْسَلِينَ، وَإِلْهَامَ الْمَلَائِكَةِ الْمُقَرَّبِينَ فِى عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Ya Allah! Bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang yang arif bijaksana dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman dalam agama dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta'wil dan tunjukkanlah mereka kejalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para Nabi, hafalan para Rasul, ilham para malaikat muqarabin dalam keadaan ‘afiat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.
أَللَّهُمَّ اشْرَحْ لَهُمْ صُدُورَهُمْ، وَيَسِّرْلَهُمْ أُمُورَهُمْ وَوَفِّقْهُمْ وَاهْدِهِمْ وَسَدِّدْهُمْ وَاجْمَعْ لَهُم بَيْنَ الصَّوَابِ وَالثَّوَابِ وَأَعِذْهُمْ مِنَ الْخَطَأِ وَالْحِرْمَانِ وَالنِّسْيَانِ
Ya Allah! Lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan, terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.
أَللَّهُمَّ نَوِّرْ قُلُوبَهُمْ بِنُورِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ الْأَرْضَ بِنُورِ شَمْسِكَ وَافْتَحْ عَلَيْهِمْ فَتْحًا قَرِيباً يَا فَتَّاحُ يَا عَلِيمٌ
Ya Allah! Terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayahmu sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu dan bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat, wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.
أَللَّهُمَّ أَخْرِجْهُمْ مِنْ ظُلُمَاتِ الْوَهْمِ وَأَكْرِمْهُمْ بِنُورِ الْفَهْمِ، وَافْتَحْ عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ الْعِلْمِ، وَزَيِّنْهُمْ بِالْأَخْلَاقِ الْحَسَنَةِ وَالْحِلْمِ، وَأَعِذْهُمْ مِنْ مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ وَالْأَدْوَاءِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Ya Allah! Keluarkanlah mereka daripada kegelapan, kesamaran dan muliakanlah mereka dengan cahaya kefahaman dan bukanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan sopan santun dan jauhkanlah mereka daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu dan penyakit dengan rahmatmu wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang Mengasihani.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
‘Memelihara Akal Berpandukan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.’
Tema Sakinah, Mawaddah dan Rahmah amat relevan dengan usaha Negara Brunei Darussalam bagi memperkukuh institusi kekeluargaan melalui dasar dan program kerajaan. Konsep keluarga Islam ini seiring dengan aspirasi kebangsaan untuk melahirkan rakyat yang sejahtera, berakhlak mulia, serta berilmu. Selaras dengan Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), di mana agama Islam menjadi tunjang utama dalam kehidupan berbangsa dan bernegara. Rumah tangga yang mencontohi teladan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam akan berfungsi sebagai benteng utama dalam mengekalkan kekuatan masyarakat dan kestabilan negara.
Dalam kerangka Negara Zikir, kerajaan menekankan pembangunan keluarga sebagai asas pembinaan masyarakat yang beriman dan bertakwa. Pelbagai inisiatif berbentuk dasar mahupun program dilaksanakan dan direncana untuk memberi tumpuan kepada pengukuhan institusi keluarga melalui pendidikan nilai, peningkatan kesejahteraan hidup, serta penyediaan sokongan sosial yang bersepadu. Umpamanya dasar Keluarga Sakinah, termasuk kursus perkahwinan, bimbingan rumah tangga, serta program pembangunan belia yang berlandaskan nilai-nilai Islam.
Dalam konteks makro, gagasan ini turut menyokong Wawasan Brunei 2035 yang menetapkan tiga matlamat utama: (i) rakyat yang berpendidikan, berkemahiran dan berjaya; (ii) kualiti kehidupan yang tinggi; dan (iii) ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan. Nilai Sakinah, Mawaddah dan Rahmah dalam keluarga menjadi asas kepada pencapaian matlamat pertama dan kedua, kerana keluarga yang stabil dan harmoni melahirkan generasi berakhlak, berilmu, dan berdaya saing.
Walau bagaimanapun, dalam era kontemporari, lnstitusi Keluarga di Brunei Darussalam berhadapan dengan cabaran baharu seperti pengaruh media sosial, tekanan ekonomi, dan keruntuhan moral. Justeru, penekanan terhadap keteladanan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai model Sakinah, Mawaddah dan Rahmah merupakan solusi terbaik untuk memastikan keharmonian keluarga terus terpelihara. Pendekatan ini bukan sahaja menyokong dasar kebangsaan, tetapi juga memperkukuh wawasan Negara Zikir dan aspirasi negara menuju Wawasan 2035 dalam melahirkan masyarakat yang beriman, berilmu dan sejahtera.
Tema "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam adalah Teladan Keluarga Sakinah, Mawaddah, wa Rahmah" mengajak kita untuk meneladani Baginda dalam ruang lingkup yang paling dekat dan intim, iaitu keluarga. Dengan menjadikan Nabi sebagai model terbaik, kita berusaha membina masyarakat yang bermula dari keluarga yang bahagia, harmoni, dan penuh dengan rahmat llahi. Sambutan Maulidur Rasul tahun ini bukan sekadar memperingati kelahiran Baginda, tetapi adalah seruan untuk menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan berkeluarga kita sehari-hari. (Petikan Buku Program Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah)
Sekalong Budi dan Terima Kasih kepada:
Abdul Khaliq Irfan @ Khairi Waddien bin Mohammad Khairul Azmi, Adi Putera Wafiy bin Suhardi, Muhd Aqil Munajad bin Janidi, Md Amir Firdaus bin Nazry, Muhd Afiq bin Haji Mohd. Yusof, Md Azri Azamuddin bin Haji Bolkiny, Muhammad Aleef Syafiq bin Shamsul, Amirul Hilman bin Awadi Syahman, Md Irfan Fahmi bin Armi, Md Adam Zaheen Danish bin Md Zainal Areif, Muhammad Shafiezul Fadhli bin Haji Omar, Muhammad Yaziq Muntaqim bin Afdanizan, Mohd Syahmi bin Mohd Sukri, Syafi'i Iman bin Mujib Islam, Md Abd Muhaimiin@Ahmad Zaini bin Hj Mazlan, Muhd Ridhwan Qawiem bin Ramlee, Mohd Hassanuddin Al-Aji bin Hj Rosli, Muhammad Arifin Ilham bin Abdul Latif, Muhammad Aziq Hafiizuddin bin Mahathir, Muhammad Syazwan Waiz bin Mohamad Irwan, Ak Nur Muhammad Danial bin Pg Mas Hamin Bahrin, Mohammad Danish Hamsyari bin Haji Abdullah, Muhammad Najib bin Alidon, Mohd Danish Aiman bin Abdullah, Mohammad Aqiel Waie bin Abdullah, Muhammad Abdul Wazif Wafiq bin Hussin, Mohammad Adli bin Haji Azrin, Mohammad Fadillah Hani bin Awang Ibrahim & Mohammad Haziq Fuad bin Mosli
Alhamdulillah
Terima kasih buat Cg Har, cg Amal, Cg Azhar & Dr Azrin PTEM Sama-sama kitani berusaha memperkukuh SIP dengan mengambil maklum setiap saranan, teguran serta cadangan pembaikan dengan keterbukaan, agar pelaksanaannya benar-benar memberi manfaat serta impak positif kepada Pelajar-pelajar kitani, guru, dan warga sekolah seluruhnya.
Semoga Allah sentiasa merahmati, memberkati dan memudahkan segala usaha kitani dalam meningkatkan mutu pendidikan, serta menganugerahkan kejayaan berterusan kepada PTEM khususnya pencapaian Pelajar-pelajar dalam peperiksaan GCE A Level..
Aamiin Yaa Rabb