Pertandingan Muratal Surah al-Kahfi dan Selawat 27 November 2025 (Khamis) 8.00 pagi

Gambar Kenangan bersama Pengetua, Pensyarah dan Pelajar. 


Ibrah

Surah al-Kahfi

Surah al-Kahfi ialah surah Makkiyyah mengandungi 110 ayat dan mempunyai banyak kelebihan, khususnya apabila dibaca pada hari Jumaat. Antara kelebihannya ialah mendapat cahaya (nur) yang menerangi antara dua Jumaat, dijaga daripada fitnah Dajjal, serta memperoleh ketenangan dan rahmat daripada Allah Ta'ala. Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam menyebut bahawa sesiapa yang menghafaz 10 ayat pertama atau terakhir surah ini akan dilindungi daripada fitnah Dajjal. Ulama juga menjelaskan bahawa membaca surah al-Kahfi pada malam atau pagi Jumaat adalah waktu yang paling afdal, berdasarkan hadits-hadits sahih.

Selain itu, kandungan surah al-Kahfi mengandungi pelbagai pengajaran seperti kisah Ashabul Kahfi, pemilik dua kebun, Nabi Musa dengan Khidr, serta kisah Zulkarnain semuanya mengajar tentang iman, tawakal, kesabaran dan akhir zaman. Walaupun terdapat waktu terbaik untuk membacanya, amalan ini tetap digalakkan dilakukan walaupun terlepas waktu afdal. Surah al-Kahfi membawa banyak manfaat dunia dan akhirat.






Selawat Nariyah atau Tafrijiyyah (النَّارِيَة اتو التَّفْرِيجِيَّة)

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas sembahyang fardhu sebanyak yang ia mampu. Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat, maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah, siapa-siapa membaca selawat ini tiap-tiap lepas sembahyang fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan sebagai wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Dan kata Imam Al-Qurtubi pula siapa membaca akan selawat ini tiap-tiap hari sebanyak 41 kali nescaya Allah Ta'ala hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang yang berkebajikan dan dikasih pula oleh orang ramai.

Menurut satu riwayat berkata Syed Muhammad Haki, pengasas wirid khaujakan (خوجکان) dia telah mengajarkan selawat ini kepada orang buta selama dua puluh lima tahun. Kemudian seorang perempuan buta telah membaca dengan sempurna sehingga 4,444 kali dalam masa lapan hari, maka dengan izin Allah terbukalah kedua matanya.






Tahniah kepada semua peserta Muratal dan peserta Selawat sama-sama menyertai pertandingan pagi ini. Terima kasih kepada penyampai ibrah surah al-Kahfi dan selawat Tafrijiyah, Kumpulan Tausyeh pelajar lelaki dan perempuan serta semua ahli jawatan kuasa mengungkayahkan pertandingan ini.

Alhamdulillah, semua peserta telah memperdengarkan bacaan al-Quran secara muratal dan selawat dengan baik. Kefasihan dan keberanian membaca Al-Qur'an dan selawat juga sangat dihargai dan dipuji. Suara dan lagu bersesuaian dengan ayat Al-Qur'an dan selawat disampaikan. Namun, ada beberapa perkara pemnambahbaikan dalam tajwid, fasahah dan suara serta lagu. Insha Allah perkara ini dapat dibimbing dengan amalan berguru melalui tasmie, talaqqi dan tahsin secara berterusan (istiqamah). Secara keseluruhan, peserta telah menunjukkan kemampuan yang baik dalam menyampaikan kedua kategori.

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah Ta’ala, saya mengumumkan keputusan Pertandingan Muratal Kategori Lelaki dan Selawat serta Doa Kategori Perempuan Pusat Tingkatan Enam Meragang anjuran bersama Kelab Cultures & Civilisations, Kelab Ping Pong, Kelab Al-Falah, Kelab Quran Journaling & Kelab Volleyball Tahun 2025.

Pertandingan Muratal Kategori Lelaki
Tempat Ketiga markah 88%: Muhammad Haikal Bin Mohammad Hasrin.
Naib Johan markah 88%:Mohammad Aqiel Waie Bin Abdullah.
Johan markah 90%:Muhammad Zaim Al-Muzaffar Bin Haji Zulaminshah.

Pertandingan Selawat serta Doa Kategori Perempuan
Tempat Ketiga markah 73%: Siti Nur Radhiyatul Khadizah Bte Rosli.
Naib Johan markah 74%:Nur Sabrina Bte Haji Jefri.
Johan markah 87%:Dk Nursyahirah Hurulaini Bte Pg Md Khalid.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang. Semoga usaha ini terus istiqamah dan memartabatkan amalan membaca al-Quran dan berselawat di Pusat Tingkatan Enam Meragang. 
Amin Ya Rabb... Sekian, terima kasih. 


Ulasan Ketua Hakim Pertandingan.








Fasahah Terbaik Lelaki dan Perempuan.

Persembahan Tausyeh

Majlis Khatam Al-Quran Pelajar Pusat Tingkatan Enam Meragang Sesi 2024-2025 22 November 2025 (Sabtu) 8.30 pagi

 اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالْقُرْءَانِ وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنُورًا وَهُدًى وَرَحْمَةً اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نُسِينَا وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ وَانَاءَ اللَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةَ يَا رَبَّ الْعَلَمِينَ

Gambar Peserta Khatam bersama Tetamu Kehormat






Peserta Tausyeh dan Dikir Marhaban

Kumpulan Tahtim





Buku Tahtim

Program Khatam Al-Quran